Wednesday, May 28, 2014

Salam Israk dan Mikraj...27 Rejab

assalamualaikum....n hola kwn2 semua..

uolls semua sihat k? Salam Israk dan Mikraj buat kawan2 semua ya...bg yang berpuasa sunat...selamat menunaikan ibadah berpuasa...Alhamdulillah...tahun ini masih lagi berpuasa utk Israk dan Mikraj...

Masa time skola dulu2 kan...ustaz or ustazah mesti ada ceritakan pasal peristiwa Israk dan Mikraj kan...tp now mgkn ramai yang makin lupakan..termasuk la saya ni...biasalah manusia kan..yang mana kita patut baca kita x mau ambik tau tp benda yang x sepatutnya kita baca...benda tu la kita sibuk2 nak baca..

jom nak kongsi sikit pasal peristiwa Israk dan Mikraj...(before nak story panjang lebar...nak bgtau source ni saya google ya...nak info lebih lanjut leh dapat kat sini)


Israk Mikraj
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah seluruh umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

Sebelum Israk dan Mikraj

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "Khatimin Nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.   
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

    Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
    • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
    • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  
    • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
    • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
    • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. 
    • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
    • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
    • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
    • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
    • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 
    • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
    • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. 
    • Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

    Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) 

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 
    Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

    Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

    Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 

    Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. 

    Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

    Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

    Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

    Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "Al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya. 

    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

    Allah SWT: Ya Muhammad.

    Rasulullah: Labbaika.

    Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

    Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

    Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah Al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang. 

    Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan menfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Selepas Mikraj

    Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

    Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

    nota kaki utk diri sendiri: Sungguh sayu rasanya membaca betapa besarnya rahmat Allah buat junjungan besar Nabi Muhammad saw...bila membaca peristiwa kat atas ni..rasa kerdil sungguh diri ini kan kalau kita x perbanyakkan amal ibadah kita...moga masih sempat la utk perbanyakkan amalan kita setiap hari...(renungkan buat diri sendiri)....

    peace...!!!

    Saturday, May 24, 2014

    NXT Lego Robotic....

    assalamualaikum....

    kalau tgk pada title dia mesti ada yang dh tahu kan apa benda tu...

    NXT Lego Robotic ni..ialah salah satu programmable robotic yang mana kita kena pasang2 or gabung2 lego parts n we create or develop program using software dia n install in robot motor...so far programming dia agak mudah sb nya you don't have to write any coding...just drag n drop function dia...tp mesti kena ada IT skill gak sb kena ada loop semua utk memboleh kan robot tu perform task yang kita nak....

    ini la my new activity yang aku ceritakan in my last post....jadi mentor...bertuah kan budak sekolah zaman sekarang....cam2 benda yang diperkenalkan utk depa maju kan diri...time zaman kita sekolah dulu mana la nak ada semua benda ni...harap kan baca buku ja la...klu nak pandai...

    last year 2013...was my 1st year joining as mentor utk NXT lego robotic...masa tu time exhibition....mmg best sb nya ramai bdk2 skolah yang hadir n join utk try lego robotic... ini some of pics taken masa lego robotic exhibition...





    bila tgk adik2 ni sedaya updaya nak pasang lego tu...sgt best...tp as mentor xkan nk tgk aja kan mesti la bg guidance n tolong....

    video 

    yang ni pula sesi mentor time kat sekolah...time ni kita build ball coaster...nampak simple kan...tp program dia agak mencabar sb kena set timing dia utk bola tu pusing satu landasan tu...walaupun dealing with naughty kids tp bila learning time mmg semangat...bila time x mau dengar ckp kita...mentor marah skt bkn apa...klu asyik dok main bila time nya nk belajar...





     
    2014...kita start dengan new session with new student n new teacher....tahun ini agak different skt...sb x bagi bdk2 ni practice buat sample...terus build robot untuk competition...iaitu rocket launcher...teringat lagi masa 1st masuk session...terus cabar bdk2 ni utk build robot within 30mins...punya la excited depa...smp ada yang berebut..learning kan...sapa yang x mau usaha mesti kena tinggai jauh2 kan...sapa yang nak maju mesti sedaya upaya dia akan cuba...so far dh msk 3 kali lah untuk session tahun ni...competition bln Aug..hope sempat la nk build n coding program...as mentor mmg agak preasure sb cikgu akan bgantung kat kita...sb mentor yang akan suggest program apa n camna cara nak buat robot tu perform task dia...so wish me luck k...moga tahun ni dpt la dia org ni menang..hihi






    dengan ada nya usaha camni...rasa nya masa depan dia org ni lebih bijak pandai la ya...bila build something n nak dia perform anything...baru la ppl will learn something...practice practice n practice to make it perfect...

    hope my post ni akan inspired la school kids...utk lebih cebur kan diri dalam bidang technology...coz technology is growing within a seconds...

    till we meet again...

    peace...!!
     

    hola....i am back..!!!!

    assalamualaikum.....

    sihat semua...?? almost a year x active m'blog kan diri kan...i am extremely sorry....bz sgt2 dengan kerja dunia yg x pernah nak habis...plus dengan kerja masa depan aku apa lagi study la...Alhamdulillah dah msk tahun ke-4 da...cepatnya masa berlalu kan...cuma tinggai lagi 2yrs more so far kira ok lg pointer..hihi berkat usaha aku yg slalu last mins...yes i am last mins person..sb apa..sb aku klu wat sesuatu benda awai2 ada saja yg x betui tu yg  aku x brapa gemar..klu last mins..mmg budget 1st attempt tu mmg kena power n mantap la no 2nd chance..hihi tp jgn amalkan slalu la ya..sb nanti diri sendiri yg mrana..hahaha...bestnya...can't wait utk convo..n 1 more new activity in life...jadi mentor utk lego robotic...utk primary school...yg ni something la utk guide young generation to learn more about latest technology...nanti bila2 aku share psl ni ya...

    ni la 1st entry utk 2014...dah masuk may tu pun dh smp hujung bulan baru la nk rajinkan diri...hihi sorry ya...

    last 2013...was a sad year...macam2 benda terjadi...antara masalah dengan kerja dunia...biasa la adat resam hidup di dunia ini...mana yg nak tgk org lain senang kan...ada saja yg nk busuk or iri hati...hanya padaNYA aku x pernah lupa utk selalu dekatkan diri...mharap n memohon...agar dilindugi segalaNYA...now so far Alhamdulillah...semuanya within control coz i have such a great cubemate n teammate yg very sporting sport rim habaq hang...hihi slalu ja bg semangat n advise..thank you for being there for me...thanks alot cubemate..you know who u are...hihi cam la ramai kenai dia kan...hihi...

    antara kisah sedih lg....i lost a very good n close person...huhu mmg sampai sekarang terasa kehilangan dia...namun qada n qadar Allah sapa la kita utk m'gidak kan nya kan...pasrah n redha atas pemergian dia...tp sampai skrg ralat ialah we chat dia yg terakhir ialah dh lama x borak dengan aku...huhu rasa cam sgt bersalah...sb time tu mmg aku agak selfish sb sgt terguris dengan apa yg dia wat...rasa rindu sgt nak share cerita cam2 benda dengan dia...tmpt aku bergaduh tmpt aku curah segala yg rasa boleh dishare...someone yg mmg tegas..rasa nya so far masih x ada sapa2 lg yg leh ganti la tmpt dia...bila rasa rindu selalu sedekahkan Al-Fatihah...moga arwah tenang n bahagia disana...insyaallah semua yang terjadi n berlaku ada sebab musabab nya kan...but life must go on...not matter what...sb tu la aku slalu sibukkan diri dengan kerja dunia n being close to my family...sorry la ya bg u guys feel sad pula...minta maaf..

    wah...sb lama x mnulis...gila panjang sungguh entry kali ni...hihi sila la jgn jemu nak baca pula...ok ok...

    as promised...here you are....my very new look....so how do u guys find it...ok x..or kena tukar lagi...this time nak simple2 ja..so that x ada la sarat sgt...n kasi kepala aku pening nak adjust bagai...hahahaha

    ok la till we meet again...sebenarnya banyak benda nak share tp tu la...dulu mood slalu malas..tp now insyaallah akan cuba sedaya upaya utk rajin kan diri...ha hampir lupa pula...next week dh start new sem dah utk dunia masa depan...tp yg x best nya semua subjects online learning...adoi..jenuh la nak rajin kan diri masuk forum..huhu aku lg suka klu meeting with tutor so that aku leh tanya cam2 benda...klu online nak tunggu e-tutor respond mmg satu hal la pula...bukannya cepat ada yg smp sem nk abis pun mmg x active...camna la student yg x brapa pandai cam aku ni nk jadi terror...huhuhu moh la cuba utk ke arah rajin kan diri...belajar yop..!!!!

    take a good care of yourself ya...jumpa lagi...:D


    peace...!!