Thursday, April 29, 2010

breaking the habit.....

eeemm.....these few days feel sangat² horrible n terrible...cam² benda dok jadi dalam kehidupan yang ku rasa dah agak selesa n calm...tp ada pula benda yang mai menyakitkan n m'serabut kan kepala otak ku ni...to whom n who did i need to story all about wat i feel just deep inside my heart.....selalu berdoa kepadaNYA agar semua perjalanan d'permudahkan dan d'lancarkan...

untuk m'releasekan sedikit apa yang serabut dalam kepala otak ni...ku pun dok layan lah lagu ni dari pagi sampai petang...dah habis ulang balik sudah addict ngan lagu ni.....huhuhu coz every single words yang ada dalam lirik tu membantu rasanya lah....masa ku dalam zaman pemberontakan ni...paling sesuai ngar lagu metal rock zaman ni...so lagu fav track ialah Breaking The Habit...from Linkin Park...

layan video dia n the lirik too k....

                                            

share lirik....:-
Memories consume
Like opening the wound
I'm picking me apart again

You all assume
I'm safe here in my room
Unless I try to start again

I don't want to be the one
The battles always choose
'Cause inside I realize
That I'm the one confused

I don't know what's worth fighting for
Or why I have to scream
I don't know why I instigate
And say what I don't mean

I don't know how I got this way
I know it's not alright
So I'm breaking the habit
I'm breaking the habit tonight

Clutching my cure
I tightly lock the door
I try to catch my breath again

I hurt much more
Than anytime before
I had no options left again

I don't want to be the one
The battles always choose
'Cause inside I realize
That I'm the one confused

I don't know what's worth fighting for
Or why I have to scream
I don't know why I instigate
And say what I don't mean

I don't know how I got this way
I'll never be alright
So I'm breaking the habit
I'm breaking the habit tonight

I'll paint it on the walls
'Cause I'm the one at fault
I'll never fight again
And this is how it ends

I don't know what's worth fighting for
Or why I have to scream
But now I have some clarity
To show you what I mean

I don't know how I got this way
I'll never be alright
So I'm breaking the habit
I'm breaking the habit
I'm breaking the habit tonight.....


peace...!!

Wednesday, April 28, 2010

karma....

remember what goes around will come around....that's karma..so beringat lah ya..janganlah terlalu takabur n taksub ngan apa yang hang dapat k...ingat langit x selalu cerah...

so renung² kan n selamat bertaubat lah hendaknya..agar kau diampuni oleh Yang Esa....as human being...ku x leh nak judge or punish hang ngan apa yang hang dok dondang dendang...always remember someone is just close with u are always watching what you are doing....

peace...!!

Tuesday, April 27, 2010

hello....

rasa cam lama x update any story mory morning glory kat sini kan...bukan apa lately cam x ada benda pun nak update lah...weekend pun cam x ada apa2 activity yg best serta yang ada gambar...huhuu...

insyaallah by tis week kalu p jalan mana2 weekend ni...n ada ambik gambar i will update u guys ya...

can't wait for weekend..cuti 3 ari...n me dad rancang nak balik kampung..saja jalan2 coz rasa cam lama x balik...i was hoping if we all can jalan2 kat taman tasik...leh lah ambik gambar...walaupun guna compact cam ku...heheh..

so oklah..nanti entry yang seterusnya ya..!!!
peace...!!

Tuesday, April 20, 2010

lil sis b'day....18-april

last sunday (18-april)...my lil sis b'day...best nya selalu b'day dia mesti falls on weekend ja....this year we all just hang out ngan miss pah....huhu

x nak story panjang² lah...just nak share pics skit kat sini...

sila lah layan ya...:-

 miss haniko blanja me n miss pah @ secret recipe....jusco bandar perda

2 lovely girl ah....miss pah n miss haniko

da sisterhood....miss haniko n me

cam budak kecik...kena suap pula...

ala² aksi manja aih depa 2 ni...

baca doa dulu n make a wish....

blow da candle...tp x padam pun...hehe gaya mau ada

besar nya mulut dia ha...

ni pula cam kena paksa...

 
 bila lah pula gambar ni aih...ku tgh cakap ngan sapa pula tu...???

3 of us...

ni lah b'day girl....wish a happy birthday skali lagi...may all ur wish n dreams come true ya insyaallah!!
 

peace...!!


when i met her....

heheh...guess who i met last sunday....sapa lagi klu bukan idol pujaan hatiku...dato' ct nurhaliza...kat mana??? kat jusco bandar perda penang...km wat apa kat sana..???? saja jalan² pusing² around...coz sunday (18-april) tu is my lil sis b'day...n time utk ronggeng bersama geng lepak ku...kebetulan memang tahu yang ct nak datang sana nak launch product cosmetic dia...then apa lagi grab da chance lah...bukan senang nak jumpa kan pujaan hati ku ini....

time we all tengah jalan² tu nampak lah...booth yang d'sediakan untuk ct utk launching product dia..saja ambik peluang tengok product simply siti ngan lebih dekat...so far ku blum dapatkan apa² lagi product simply siti ni...coz of my skin yang agak sensitif ngan sebarang produk penjagaan kulit...kena hati² lah..mayb nak try satu product simply siti iaitu ct bright klu x silap..serta all da make up dia...lovely color..

sebab kan terlalu ramai sangat masyarakat time tu kat sana...sempat ambik gambar dari jauh ja lah...n lepak pun sekejap gak...coz too many ppl there...n rasa mau pengsan pun ada..

tengok kat sini...lawa kan pic dia..walaupun dari jauh..memang cantik sangat...real life n dalam tv or magazine...sama n serupa...


hope dapat lah jumpa lagi ya....huhu.. :=)

peace...!!


Monday, April 12, 2010

keji n kejam.....

eemmm...adeh!!!apa lah nak jadi ngan dunia ni....ari2 leh d'katakan ada saja berita pasal pembuangan bayi...sanggup kan..apa lah agaknya dosa baby tu kan...geram pun ada..x ada langsung keperikemanusiaan n sivik betui...


masa time wat segala dosa tu x ingat pun akan balasan dariNYA...napa bila time baby dh lahir nak buang apa semua...dah x takut ngan azab yang akan d'lalui k....


rasanya makin canggih dunia ni makin dah x berkeperimanusiaan dah segala umat penghuni nya ni...

pernah x ibu2 yang buang bayi ni terfikir...klu lah baby tu leh cakap pada ibunya....apa kah salah ku sehingga ibu x sanggup untuk melihat n mendidik ku....pernah x????

klu ibu2 tu x nak baby dia pun...jangan lah buang dalam tong sampah, sungai or etc...kasi lah kat orang2 yang leh mendidik n menjaga baby tu...

d'harap kan pas ni dah x ada lah lagi berita pasal pembuangan bayi kan...

peace...!!





Wednesday, April 7, 2010

Sharing is Caring...

heheh..saja rasa nak share article ni kat sini...dapat message ni kat facebook dr miss haniko...rajin na dia kongsi segala cam..bagus!!!

tau apa yg d'sharekan oleh miss haniko...iaitu petua mendapat pasangan...hehe tudia aih..penceramah dia pula ialah...dato dr hj.mohd fadzilah kamsah...sapa x kenal kan...penceramah yang famous kat m'sia ni..hehe

so mari lah kita sama² baca ya...

-Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya..(ku ckp...wow!!mana lah si dia ya)..

-Jodoh itu ketentuan ALLAH dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyaallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

-Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

-Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

-Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan negatif terhadap semua orang di dunia ini.

-Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

-Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

-Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

-Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

-Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

-Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Jesteru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

-Kita bole berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran secara berterusan hingga berjaya.

-Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

-Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

-Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 

-Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

-Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

-Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

-Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

-Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

-Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

-Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

-Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

-Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

-Seyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap perempuan.

-Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

-Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sifat dan sifat yang saling mengimbagi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

-Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

-Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

-Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

-Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

-Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

-Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa- sama² gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

-Duan insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan-tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

-Kenal pasti ciri² yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri² yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri² di dalam anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri² tersebut.

-Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerena wajah, harta, keturunan atau glamornya.

-Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.

-Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjuahkan diri daripada kita.

-Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

-Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

-Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

-Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

-Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

-Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. dia akan rasa dihargai.

-Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

-Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

-Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

-Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman-bersopan santun, suka membantu, menghormati wanit, berani dan yakin diri.

-Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

-Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahimi emosi, timbang rasa dan gunakan gerak batin.

-Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi jangan terlalu bijak.

-Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

-Sebelum benar² rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, perisitiwa atau situasi.

-Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohab lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

-Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

-Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

-Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

-Jika orang lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

-Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Fulamak...banyak gila..mampus!!! tapi semua nya untuk kebaikan kan..so jom kita practic kan...hehe..peace...!!